Susu VS Jus Oren Di Pagi Hari, Yang Mana Lebih Sesuai

Setiap orang mempunyai pilihannya sendiri untuk dijadikan sarapan, ada yang memilih susu dan ada juga yang menjadikan jus oren sebagai minuman pagi. Tapi yang mana satu lebih baik untuk kesihatan?

Menurut Women’s Health portal, kedua ini mempunyai kelemahan dan kelebihan sendiri.

Jus Oren

Kelebihan : Setiap satu gelas jus oren mengandungi 110 kalori dan juga mempunyai kandungan vitamin C yang cukuo untuk keperluan tubuh badan. Selain itu, jus oren mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melindungi kulit.

Kelemahan : Minum terlalu banyak jus oren mampu merosakkan enamel gigi. Sebuah kajian yang dilakukan dari anfeng Ren, DDS, PhD, profesor di University of Rochester Eastman Institute for Oral Health menyatakan oren jus mampu mengikis enamel gigi sampai 84% setelah diminum selama setiap hari selama lima hari.

Susu

Kelebihan : Segelas susu mempunyai 20 peratus protein yang diperlukan tubuh dalam satu hari dan sepertiga keperluan kalsium harian.

Selain itu, kajian terbaru juga mengatakan mereka yang minum susu di pagi hari akan cenderung makan lebih sedikit kerana rasa kenyang yang diperolehi dari protein susu.

Kelemahan : Lemak yang didapati dalam susu akan menyebabkan kemunculan risiko penyakit kardiovaskular dan akan menyebabkan obesiti kecuali anda mengambil susu bebas lemak.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *