Cara Siang Sotong Kembang Supaya Lebih Sedap Dan Lembut

Alahai sedapnya masakan berasaskan sotong kembang! Lebih-lebih lagi sambal tumis yang cukup rasa pedas, manis dan sedikit masam.

Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan juga tidak berbau.

Ikuti langkah ini, pasti sambal tumis sotong anda semakin enak nanti!

Cara-caranya:

  1. Pilih sotong yang agak segar, cuci bersih.
  2. Siapkan bahan untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong. Antaranya 4 batang serai, 2 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 inci lengkuas, 5 ulas bawang putih. Kesemua bahan tadi dipotong-potong. Letak sedikit garam.
  3. Didihkan air hingga naik bau dah boleh masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak. Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
  4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang di bahagian atas si sotong.
  5. Kemudian tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
  6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
  7. Seterusnya potong mengikut saiz yg anda suka. Kemudian cuci bersih. Toskan.

# Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong ini tak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *