Cara Mudah Dan Berkesan Atasi Masalah Najis Cicak

Setiap rumah mesti ada masalah najis cicak yang penuh di bahagian tepi tingkap. Pelbagai cara telah dicuba tetapi masalah tidak juga selesai. Hinggakan tuan rumah merasa malu apabila ada tetamu yang ingin datang bertandang ke rumah.

Sebelum itu kita perlu tahu apakah hukum najis cicak ini? Dan apabila kita membersihkan najis cicak ini dengan air kemudian kita memijak air tersebut apakah hukum terhadap air yang kita pijak itu termasuk najis atau tidak?

Dalam persoalan ini, oleh sebab najis cicak tersebut banyak (bukannya satu atau dua) maka ia akan menyebabkan air dan lantai tersebut menjadi najis (najis muhaffafah).

Oleh itu, jika kaki anda memijak air tersebut maka ia perlu dicuci/dibasuh kerana bimbangkan najis tersebut melekat pada kaki anda.

Demikian juga jika air yang bercampur dengan najis cicak tersebut sudah kering, dan anda memijaknya dengan kaki yang basah, ia akan menyebabkan kaki anda terlekat najis haiwan tersebut dan perlu dibasuh dengan menggunakan air sehingga hilang kesan warna, bau ataupun rasa najis tersebut.

Ringkasnya, walaupun najis cicak jika sedikit bilangannya adalah termasuk di dalam najis yang dimaafkan. Namun jika jumlahnya banyak, ia sudah berubah menjadi najis yang perlu dibersihkan kerana ia kelihatan kotor dan menjijikkan.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Muna Binti Mohammad telah kongsikan satu cara mudah yang boleh mengatasi masalah ini.

Jom kita baca perkongsian beliau yang dimuat naik ke Facebook miliknya 22 Julai lalu.

Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah? Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu.

Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana. Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.

Bahan-Bahan:
1) 1/3 cuka makan
2) 1/3 air
3) 1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)

Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *