10 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan Kita, No 7 Wanita Paling Suka

Buah yang unik dengan bentuknya yang khas mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan dengan kandungan gizi yang dimilikinya. Buah naga merah memiliki rasa yang sangat menyegarkan, apalagi jika di nikmati pada siang hari di tengah teriknya matahari. Bendalir yang telah hilang kerana padatnya aktiviti seharian dapat dikembalikan dengan memakan buah naga merah ini.

Jika anda tidak percaya, anda boleh mencubanya sendiri dan dijamin anda akan suka buah naga ni. Selain itu, buah naga merah memiliki banyak sekali manfaat bagi tubuh, karena di dalam buah naga terdapat banyak sekali kandungan-kandungan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Buah naga memiliki 2 jenis warna iaitu warna merah dan warna putih, keduanya sama-sama memiliki manfaat yang luar biasa jika di makan setiap hari. Dengan makan buah naga setiap hari dipercaya dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Buah naga dapat kita ambil manfaatnya dengan cara memakannya secara langsung atau di jadikan minuman seperti jus yang menyegarkan.

1. Menurunkan kadar gula di dalam darah dan mencegah diabetes
Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.

2. Melancarkan sistem pencernaan dan menyihatkan jantung
Buah naga merah mengandung serat semulajadi yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

3. Meningkatkan nafsu makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

4. Meningkatkan kekebalan tubuh
Kekebalan tubuh kita akan kuat jika vitamin C dalam tubuh terpenuhi, kerana buah naga merah ini mengandung banyak vitamin C maka buah naga boleh dijadikan alternatif sebagai penyedia vit. C bagi tubuh kita. sistem Kekebalan tubuh biasanya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

5. Memperkuatkan tulang dan gigi
Kandungan fosforus dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahawa tulang dan gigi sangat memerlukan kehadiran fosforus dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sihat.

6. Merawat kesihatan kulit
Manfaat buah naga merah berikutnya adalah berguna untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah juga digunakan untuk perawatan kulit. Iaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil isinya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu disapukan kewajah. Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

7. Membantu melambatkan proses penuan diri
Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat di dalam buah naga akan mengeluarkan racun dengan efektif.

8. Rendah lemak
Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan kerana menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

9. Menurunkan kadar kolesterol darah
Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan melancarkan peredaran darah dan jantung.

10. Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan
Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfordan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan

Kredit: Manfaat Buah Naga Merah

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *