Resepi Mee Sizzling senang dan sedap

Rumah saya takde hot plate. Tapi banyak sangat loyang kek macam2 saiz ada. Yang saya pakai ni loyang untuk rainbow cake saiz 8″. Saya sertakan sekali resepi mee sizzling senang dan sedap. Lepas ni tak payah makan kat kedai dah. Resepi ni cukup untuk sepeket mee sizzling yang ada 5 sanggul tu.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 6 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 6 biji cili kering (potong 3)
  • 1/4 ekor ayam (potong agak2 saiz kotak mancis)
  • 1 pek cendawan shitake (belah 2)
  • 6 cawan air
  • 2 senduk sos tiram
  • 2 senduk kicap lemak manis
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air.
  • Mee sizzling (yee mee)
  • Telur
  • Sawi/pak choy

Cara-caranya:

  1. Satukan semua kicap dan sos tiram dalam mangkuk, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. Masukkan ayam. Kacau sekejap then tambah air.
  3. Masukkan cendawan diikuti campuran kicap tadi. Masukkan sekali serbuk lada hitam dan minyak bijan. Kacau bagi rata dan tutup periuk. Biar kuah mendidih dan masak hingga ayam serta cendawan betul2 empuk.
  4. Perasakan kuah. Tuang bancuhan tepung jagung sambil mengacau kuah. Tutup api.
    Cara assemble mee sizzling.
  5. Panaskan hot plate @ loyang atas api kecil. Isikan 3-4 senduk kuah. Letak mee. Biarkan sekejap. Sambil2 tu blh gaul sikit2 supaya mee cepat lembut. Tambah isi ayam dan cendawan. Pecahkan sebiji telur. Letak sedikit sawi @ pak choy. Siap!

Makan dengan cili jeruk memang tak pandang kiri kanan dah.

kredit resepi ini kepada Nomy Ahmad‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *