Resepi Sambal Sotong untuk dimakan bersama Nasi Lemak

Sarapan pagi akak masak nasi lemak dan ada lauk sambal sotong kering dan sambal bilis biasa. Resepi sambal sotong pun ada. Resepi ini telah dikongsikan di laman FB Resepi Sedap.

Foto: Resepi Sedap

Bahan:

  • Sotong kering 2 keping besar
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula

Cara:

Foto: Google Images
  1. Rendam sotong semalaman. Cara merendam sotong. Guna air abu atau ubat pelembut sotong boleh dibeli di kedai yg menjual sotong kering.
  2. Cuci sotong bersih2. Sotong dipotong kecil2. Akak suka guna periuk tekanan jika menumis sotong ni.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan blender iaitu bawang besar dan bawang putih dan belacan. Dah naik bau masukkan cili blend.
  4. Caranya sama seperti kita nak masak sambal tumis bilis ya. Dah garing bahan tumisan ni, masukkan garam dan gula dan air asam.
  5. Mesti cukup rasa ya. Masukkan sotong tadi.
  6. Tutup periuk tekanan. Tunggu sehingga masak. Siap dan salin.
  7. Biasanya jika menggunakan periuk ni, sotong memang lembut.
  8. Jika suka, akak masukkan sedikit kacang tanah goreng yg sudah ditumbuk kedalam sambal sotong ini. Selamat mencuba.

kredit resepi ini kepada Norsiah Zakaria‎

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *