Resepi Buah Melaka (Onde-onde)

Resepi kuih onde-onde ( buah melaka ). Resepi ini telah dikongsikan di laman FB Resepi Sedap.

Bahan-Bahan (5-6 orang)

  • 500 gram tepung pulut
  • Air secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna daun pandan
  • 1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
  • Kelapa parut

Cara-cara:

Foto: Google Images
  1. Gaul tepung pulut dan dengan air. Masukkan pewarna daun
    pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang
    telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat
    supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih
    tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dimakan.

Kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *