Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Hari ni 2 dapur buka serentak untuk kukus kek coklat lapis cheese. Disebabkan pengkukus ade 1 je, terpaksalah diy periuk tu untuk buat kukus kek. Alhamdulillah kejadiannya sempurna. Untuk jamuan hari raya anak esok kat sekolah. Ada yang macam yana jugak tak? Resepi ini telah dikongsikan di laman FB Resepi Sedap.

Foto: Resepi Sedap

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE
____________________________________

Variasi berlainan. Masam dan manis serta berlemak. Cubalah!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • secubit garam
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*

* disatukan dan di ayak

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:

  • 250gram krim cheese
  • 60gram gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar tepung gandum

CARA-CARA:

  1. Panaskan kukusan.Lenser tin berukuran 8″×8″×3″ dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak.Lenser juga kertas tadi.(Ketepikan)
  2. UNTUK KEK COKLAT: Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan² yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak.(Ketepikan)
  3. UNTUK LAPISAN KEJU: Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil- bintil.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE: Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus selama 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak.(bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).

Sejukkan kek sekejap. Kemudian boleh di keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh di potong untuk di hidangkan. SELAMAT MENCUBA!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *