Resepi Puding Roti Bersos Kastard

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti 5 keping
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • kismis
  • choc chip

Cara Buat:

Foto: Resepi Sedap

Telur, gula & essen vanilla di pukul hingga sebati. Kemudian masukkan susu cair. Sapukan loyang dgn sedikit marjerin. Roti di potong 4 atau boleh juga di siat2 dan sapukan marjerin atau butter pd roti. Susun roti di dalam loyang kemudian tuangkan bancuhan susu cair tadi. Taburkan kismis dan choc chip. Bakar dalam oven dgn suhu 200°C dlm masa 30 minit atau sehingga masak.

Cara Membuat Sos Kastard. Bahan-bahannya:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil essen vanilla

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas api kecil. Bila sos kastard sudah agak likat, matikan api.
Hidangkan puding roti bersama sos kastard yg dicurahkan di atasnya.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih / Resepi ini telah dikongsikan dilaman FB Resepi Sedap.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *