Cara untuk membuat Ayam Bakar Madu

Resepi ini telah dikongsikan di laman FB Resepi Sedap.

Pagi tadi saya ada post ayam ni kan. Ok ramai yg bertanya kalau takde tempat membakar macam mane nk buatkan. kt komen nak roll jauh sngat dah. Mudah je untuk makan kat umah tu. Kita boleh juga goreng jika tiada pembakar.

Foto: Resepi Sedap

Bahan yang diperlukan: (sukatan bahan yang digunakan mengikut citarasa sendiri)

  • Sekor ayam potong 4
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Garam
  • Sos Cili
  • Madu
  • Gula Merah

Cara untuk membuatnya:

  1. Rebus ayam tu dengan air.
  2. Ketuk bawang putih dengan halia
  3. Bubuh garam dan sedikit perisa. tak nak pun tak pe.
  4. Agak-agak dah nak mendidih. Angkat kemudian toskan. Lumur ayam tadi dengan sos cili+Gula+Garam sikit je sebab dalam rebusan kite dah isi  garam tadi kan
  5. Madu dan gula merah ni kita gaul dan perap beberape jam. Nak cepat 5 minit pun boleh hihi.
  6. Lepas siap diperap tu boleh la kita mengoreng.

Siap! Sebab dulu pun saya buat begini jugak. Share je ye. Saya hahalkan. Selamat mencuba tau. Air rebusan tadi boleh masak nasi ayam pulak.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *