Resepi untuk membuat kuih Keria Gula Melaka

Resepi KERIA GULA MELAKA . Yang mana selalu beratur panjang dkt Kedai Kuih Keria Antarabangsa Melaka tu, boleh la try buat sendiri mcm ni. Tapi tak tahulah sama ke tak dgn yg ORI tu hehehe.

Bahan-bahannya :

  • 500gm Keledek (guna keledek oren)
  • Air (untuk merebus)
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1-2 sudu makan tepung beras
  • 1 Sudu teh Serbuk Penaik
  • Minyak (untuk menggoreng)

Caranya :

  1. Buangkan kulit keledek dan potong kecil. Masukkan keledek dalam periuk beserta air dan garam . Rebus hingga empuk .
  2. Setelah empuk , lenyekkan keledek . Masukkan tepung gandum , tepung beras dan serbuk Penaik dan gaul rata hingga menjadi doh .
  3. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut . Jika doh lembut letakkan minyak atau tepung ditelapak tangan dan bentukkan.
  4. Setelah siap , panaskan minyak dan goreng hingga keperangan dan toskan.

Bahan Sira Gula Melaka:

  • 2-3 Keping Gula Melaka Nisan
  • 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 Sudu makan Gula Halus
  • 3 sudu makan Air
  • Secubit garam

Caranya :

  1. Satukan semua bahan dan masak didalam kuali hingga gula cair dan berbuih dengan api sederhana.
  2. Dengan api perlahan masukkan kuih dan gaul hingga gula rata dan kering.

Kredit: Norien Abdul Wahab / Laman FB Resepi Memikat Keluarga

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *