RESEPI RENDANG KERANG SEDAP

Selalu sgt raya makan rendang daging dan ayam, kali ni tambah la satu lgi, rendang kerang! Ada tetamu tak makan daging dan ayam blh la rasa rendang kerang! Share la..

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2kg kerang direbus dan buang kulit
  • 5 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 7 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit cili api*
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • garam, aji & gula

Cara membuatnya:

  1. kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
  2. masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik..
  3. kacau hingga kuah menjadi pekat..
  4. masukkan kerang dan kacau lagi
  5. masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..
  6. siap..!! sedia untuk dihidang.. sedap!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *