RESEPI PENGAT PISANG TANDUK SAGU SEDAP DAN MUDAH!

Cuba la! Bila siap Letak dlm peti ais lagi power!

Bahan- Bahan:

  • 3 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dlm 3 minit
  • Air secukupnya utk merebus pisang dan sagu

Bahan Kuah:

  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

Cara-Cara:

  1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak.. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus lama sngt ya, nnti tak cantik pisangnya.
  2. Sementara tu, dlm periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yg telah di rendamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya.
  3. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
    Di dalam periuk yg lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yg sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
  4. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan…gaul sebati.
    Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah…biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit.
  5. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Sedap!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *