Resepi Ala Hokkaido Bake Cheese Tart

Untuk membuat Pastry:

Bahan A

  • 200g tepung gandum, diayak
  • 40g gula kastor

Bahan B

  • 100g mentega sejuk, dipotong dadu

Bahan C

  • 2 biji kuning telur
  • 1 sk susu segar (saya guna uht whipping cream)

Cara Penyediaan Pastry:

  1. Satukan bahan A, gaul rata. Masukkan bahan B, ramas guna tangan hingga menjadi ‘crumbs’.
  2. Kemudian, masukkan pula bahan C. Uli hingga menjadi doh.
  3. Balut guna plastic wrapper & simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  4. Keluarkan doh dari peti sejuk. Canai ikut ketebalan yang sesuai. Kemudian terap guna acuan bulat. Masukkan doh yang diterap tadi dalam acuan tart & bentukkan kemas. Cucuk sedikit guna garfu. Buat hingga habis.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C (ikut kepanasan oven masing2) selama 10 minit atau hingga keperangan (jangan terlalu perang ya). Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & keluarkan dari acuan. Boleh terus susun dalam papercup. Ketepikan.

Untuk membuat Cheese Custard:

Bahan A

  • 150g cream cheese
  • 50g mascarpone cheese
  • 20g cheddar cheese, diparut
  • 1 slice kraft singles
  • 30g mentega
  • 100g uht whipping cream

Bahan B

  • 30g gula kastor
  • 15g tepung jagung

Bahan C

  • Secubit garam
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sb jus lemon (saya skip)
  • 1 biji telur

Bahan D

  • 1 biji kuning telur, untuk disapu atas custard

Cara-cara membuat cheese custard:

  1. Satukan bahan A dalam mangkuk tahan panas. Masak atas double boiler hingga cair & sebati.
  2. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati & adunan menjadi pekat.
  3. Alihkan dari api sebentar, masukkan bahan C. Gaul perlahan-lahan hingga sebati. Kemudian, masak semula atas api hingga menjadi pekat. Sejukkan sebentar. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  4. Paipkan cheese custard kedalam pastry. Sapukan kuning telur sedikit atasnya.
  5. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 200C. Sedap dimakan suam.

Kredit: Viral oh Viral

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *