Resepi Puding Oreo Milo “Wannacry” ini telah mendapat 100k perkongsian. Jom cuba

Kredit resepi dan video kepada Rahimah Ahmad Akhirudin (Artikel asal adalah di Laman FB Resepi Memikat Suami).

Bahan yang diperlukan:

  • 10 grm serbuk agar² (tak kisah jenama apa)
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • Satu bungkus oreo
  • Biskut oreo tadi korang patah²kan dua, nak bajet, patah 4 pun bolehhhh.
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 3/4 cawan milo

Cara membuatnya:

  1. Masak serbuk agar² dan air sehingga larut. Ikut sukatan air, kalau tak dia kurang maneh.
  2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut. Api tu sederhana je, rentung lak kang.
  3. Lepas tu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih. Jangan lupa selawat dan doakan suami dan anak -anak.
  4. Bila dah sebatikan semua bahan² tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)
  5. Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau manja hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.
  6. Sekarang dah ready nak masuk acuan. Tuang manja bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit.
  7. Kemudian tuang manja adunan putih pula (yang tiada campuran milo).
  8. Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam adunan putih. lagi banyak oreo lagi mereciks.
  9. Bila adunan putih dah keras sedikit, tuang bahagian milo yang kedua.
  10. Sejukkan kejap dengan suhu bilik, kemudia boleh masuk peti sejuk bahagian bawah tau. kalau dak gigil gusi makan nanti. Dalam 1/2 jam boleh hidangkan dah. Nyumss nyumss.

Kalau sedap bagi tau kawan dan kongsilah dengan jiran sebelah. kalau tak sedap bagitau kakak suweeet. Ewah.

Kredit resepi dan video kepada Rahimah Ahmad Akhirudin via

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *