Cara membuat Perencah Nasi Goreng sendiri

Nasi goreng merupakan hidangan yang disukai hampir setiap orang, tidak kira lah apa pun peringkat umur mereka. Tapi mungkin ramai yang ingat nak masak nasi goreng ni leceh sedangkan ini hidangan yang mudah dan ringkas.

Ada pula yang kadang malas nak buat nasi goreng kerana kena potong lada bawang dan sebagainya setiap kali nak masak.

Kini anda tak perlu lagi mengeluh kerana kami akan kongsikan cara nak buat rencah nasi goreng power tetapi mudah. Apa yang menariknya anda hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk masak nasi goreng jika dah siapkan perencah ini.

Terima kasih Pnut Syafinaz kerana sudi berkongsi resepi Rencah Nasi Goreng Serbaguna Ni.

Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-bnayak dan frozenkan, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng.

Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi.

Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.

Bahan-bahannya :

Foto: Facebook Pnut Syafinaz
  • 7-8 biji cili merah (buang bijinya)
  • 10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
  • 1@2 labu bawang besar
  • 10 bjji bawang putih
  • Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
  • Sedikit belacan.

Cara-caranya:

Foto: Facebook Pnut Syafinaz
  1. Blend semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air. (Mak long tak gigih sangat nak tumbuk aihhh).
  2. Tumiskan bahan blend, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long ampa buat pukul 10.30malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukui berapa nak tidoq lak.
  3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
    *Tips susun bahan dalam blender.

Bawah sekeli belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.

Cara guna nak masak nanti:

Foto: Facebook Pnut Syafinaz

Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah haiwan2 yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa.

Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi ampa dah tanak la sebelum tidoq.

*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada saki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.

Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa. Phewww…

Panjang berjela mak long ampa gigih menaip memalam ni khusus untuk berkongsi ngan ampa..

Selamat mencuba ye semua!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *