CARA BUAT SOSEJ AYAM HOMEMADE YANG LEBIH SIHAT

Sosej dan nugget memang sedap cuma pada yang nak kawal pengambilan makanan proses boleh cuba buat sendiri sosej dirumah. Kalau nak beri yang lebih sihat untuk anak-anak jom cuba resepi asas membuat sosej ni. Resepi ini adalah resepi Puan Siti Zarina Jaidon.

Bahan yang diperlukan adalah:

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon
  •  1 kg Isi Ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
  • 1 gelas air / stok ayam

Boleh tambah /tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon

Gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon

Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon

Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon

Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon

Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Juga boleh disimpan beku. Selamat mencuba

Foto: Facebook Siti Zarina Jaidon

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *