Buat bahulu menggunakan sandwich maker

Assalamualaikum w.b.t…

Ni nak kongsikan resepi bahulu sandwich maker yang sangat mudah..kenapa di panggil bahulu sandwich maker? Sebab bahulu ni dimasak menggunakan sandwich maker. Jadi yang tiada acuan bahulu atau tiada oven dekat rumah tapi teringin nak makan bahulu, bolehlah cuba resepi ini.

Foto: Google Images

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Sedikit perisa vanilla

Cara menyediakan semudah ABC :

  1. Pukul gula, telur dan garam sehingga kembang menggunakan mixer (boleh juga gunakan pengisar atau blender)
  2. Apabila sudah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menggunakan spatula atau senduk
  3. Sapukan minyak pada sandwich maker untuk mengelakkan adunan melekat. Tuangkan adunan dalam sandwich maker dan tunggu hingga lampu sandwich maker padam.
  4. Apabila lampu padam buka penutup, sekiranya nampak bahulu belum masak, tutup dan masak lagi.
  5. Ulang cara yang sama sehingga adunan habis, sapukan minyak setiap kali memasak adunan baru.
  6. Selamat mencuba & selamat menjamu selera!!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *