RESEPI KEK PANDAN LAPIS SERI KAYA

Kek yang lembut dan sedap. Bertambah seri lagi dengan corak di atas kek. Sesuai untuk hidangan hari raya atau sebarang majlis keramaian.

Bahan A:

  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sk ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa pandan
  • Sedikit Pewarna hijau

Bahan B:

  • Seri Kaya Secukupnya
  • Loyang 8″ x 11″

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
  10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
  11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah.
  12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pd oven masing2).
  13. Sejukkan dan belah dua.
  14. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan. Selamat mencuba.

Kredit resepi & video: Tania Bakery

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *