Jom buat Roti Jala. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan di Laman FB Resepi Memikat Suami.

Bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • Setengah tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 4sudu kecil garam halus atau secukupnya
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning

Cara:

  1. Satukan tepung gandum dan garam halus…kacau rata
  2. Masukkan susu cair+telur+air secukupnya hgga menghasilkan bancuhan sedikit pekat
  3. Masukkan pewarna kuning
  4. Kacau rata
  5. Kisar adunan dlm blender atau food processor hgga betul2 halus. (Kisar lama sedikit utk elak adunan bergentel yg akn menyebabkan tersumbat di muncung acuan)
  6. Masukkan adunan yg dah kisar ke dlm bekas yg lebih besar
  7. Tambahkan air hgga mencapai kepekatan yg dikehendaki
  8. Sedia utk dijala

Cara menjala:

  1. Gunakan kuali non stick yg leper
  2. Panaskan kuali
  3. Utk jala yg pertama. Renjiskan minyak menggunakan daun pandan yg diikat seperti penyapu
  4. Kemudian jala seperti biasa…
  5. Renjiskan sedikit minyak ke atas roti jala…
  6. Bila sedikit garing..angkat tanpa palingkan
  7. Gulung seperti biasa
  8. Utk jala kedua.X Perlu renjis minyak. Teruskan menjala, kemudian bru direnjis minyak
  9. Tggu garing dan angkat tanpa palingkan
  10. Gulung seperti biasa

Tips:

Utk menghasilkan jala yg halus,adunan mestilah x terlalu pekat atau cair. Kena KISAR HALUS ADUNAN UTK ELAK ACUAN TERSUMBAT

Kredit : fb Lily Falyana

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *