Resepi Mee Goreng Mamak yang sangat sedap

Resepi ini telah dikongsikan oleh Laman FB Resepi Memikat Suami.

Bahan :

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging – hiris nipis
  • 1 mangkuk sawi – potong kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 3 sudu cili mesin – nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 2 sudu kicap lemak manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato dibelah

Cara :

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
  5. Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
  6. Masukan mee dan sebatikan.
  7. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  8. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  9. Masakkan mee agak kering.
  10. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

P/s: Tgk mamak mana la, klu siapa selalu makan kt NZ mamak, mmg ada ayam udang tu. Klu mamak kayu ori pun ada, siap bersotong. Tgk mamak la. Mamak biasa2 mgkin kedekut sikit.. Tepuk dada tya selera ler..

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *