Japanese Cotton Cheesecake

Resepi ini telah dikongsikan di Laman FB Resepi Memikat Suami.

Dah banyak resepi test. Adjust sana sini dan so far ni the best resepi.

Bahan A
———
200g cream cheese
48g unsalted butter
20g castor sugar
80g susu
5 biji kuning telur
50g tepung kek
15g tepung jagung

Bahan B
———
5 biji putih telur
80g castor sugar

Preheat oven 160C

Foto: Laman FB Resepi Memikat Suami

1. Cairkan cream cheese dan butter menggunakan double boiler.
2. Masukkan gula dan susu. Pukul sebati.
3. Alihkan adunan ke tepi dan kacau-kacau untuk turunkan sedikit suhu.
4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandung dan tepung jagung. Kacau sebati.
6. Pukul putih telur dan masukkan 80g gula sedikit demi sedikit.
7. Masukkan putih telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
8. Tuang adunan dalam loyang. Bakar secara water bath dalam pre-heated oven pada suhu 160C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu ke 150C dan bakar selama 70 minit.

Kredit video & resepi: Aimi Syairah Nawi

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *