Resepi Nona Manis Versi Coklat

Laman FB Resepi Hari Ini ada berkongsi resepi untuk membuat Nona Manis versi coklat untuk dicuba oleh anda.

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur gred A

Cara-cara:

  1. Telur pukul dulu bagi kembang.
  2. Masukkan dlm blender bersama santan, gula & tepung. Blend sebati. Ketepikan.

Bahan-bahan B:

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Guna whisk kacau bagi rata.
  2. Kemudian masak atas api perlahan sehingga agak-agak pekat.
  3. Tunggu suam. Bahan A tadi tuang dalam periuk bahan B. Kacau sebati. Tuang dalam blender. Blend sebati.
  4. Tuang dalam jag kecil.

Bahan-bahan C:

  • 2 cawan santan pekat/sederhana pekat
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Cara-cara:

  1. Campur bagi rata dan tapis.. Kemudian masak atas api perlahan sehingga menggelegak & agak2 likat sedikit. Tutup api. Terus tuang dalam botol sos kecil.
  2. Acuan lompang sapu minyak. Tuang adunan 3/4 acuan.
  3. Kemudian suakan muncung botol sos dlm adunan.
  4. Picit/tekan di tengah-tengah adunan coklat sampai naik adunan coklat.
  5. Panaskan pengukus sehingga mendidih.
  6. Kukus 10 minit.
  7. Tunggu sejuk. Guna lidi cungkil nona manis keluar dari acuan.

Resepi: Zura Zul

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *