6 Perbezaan Raya Dulu Dengan Raya Sekarang

Kalau yang lahir pada zaman 80an dan 90an pasti banyak kenangan manis ketika menjelang hari raya ini. Tapi budak zaman sekarang tak dapat merasai keseronokan berpuasa dan beraya ketika zaman dulu.

Dulu sibuk pergi Terawih sebab nak jumpa geng-geng main mercun. Kalau masa solat dekat barisan belakang penuh budak-budak.

Sekarang ni, budak-budak mesti wajib ada telefon dekat tangan. Sibuk dengan WhatsApp, Instagram la. Berikut perbezaan raya dulu dan raya sekarang.

  1. Kalau dulu malam raya sibuk main bunga api, sekarang nak tengok TV je. Astro wajib ada!
  2. Kalau dulu orang hantar ucapan Hari Raya guna kad Raya, siap ada lagu raya sekali. Sekarang ni hanya dihujung jari je, itu pun kalau dapat tak reti nak balas balik.
  3. Dulu kalau puasa penuh akan dapat RM30, sekarang kalau puasa penuh budak-budak sanggup minta telefon baru lah.
  4. Mak dulu-dulu wajib buat kuih Raya. Memang seronok bila dapat tolong mak buat kuih. Sekarang ‘kuih tunjuk’ je la
  5. Dulu kalau dapat duit Raya 50 sen pun dah rasa banyak. Budak-budak sekarang dapat RM5 pun dah mengeluh
  6. Kalau beraya rumah orang dulu, dalam fikiran hanya kuih Raya atau duit Raya. Budak sekarang datang rumah orang je mintak password WiFi!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *