Resepi Moist Chocolate Cake

Bahan A

  • 90gm serbuk koko
  • 200gm gula kastor
  • 200gm minyak masak/minyak jagung/canoli/sunflower
  • 250g susu pekat
  • 1 tin susu cair

Bahan B

Dicampur & dipukul sampai kembang..guna SUDU/GARFU je. Nak guna mixer pun bolen. Lagi bagus pukul sampai kembang berbuih.

  • 4 biji telur gred A
  • Esen vanila

Bahan C (dicampurkan sekali & diayak)

  • 150 gm tepung gandum/kek/superfine
  • 1sd kcil baking powder
  • 1sd kecil bakig soda

Cara-cara untuk menyediakannya:

  • Masukkan semua bahan A dlm 1 bekas stainless steel/periuk , kacau rata smpai sebati & masak ats api kecil..API KECIL YE! Masak sekejap je sambil adunan dikacau..kacau pelan2..xperlu mndidih @ sampai berasap…adunan hanya suam2 panas..kalau rasa bekas tu dah panas bole terus tutup api
  • Masukkan bahan B ke dalam adunan td & kacau
  • Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam loyang yg dah disapu dgn butter/marjerin & dilapik dgn baking paper..sy guna loyang saiz 9 inci..nak TEBAL sikit guna LOYANG 8inci
  • Panaskan oven dulu ye (preheat) sy panaskan 10min suhu 180c
    Bakar sehingga masak..nk KUKUS pun bole..sy bakar dalam oven dengan suhu 160c selama 1 jam..walaupun bakar tapi tetap moist
  • Sejukkan kek dulu baru curahkan choc topping..sy sejukkan kek dalam chiller..nanti topping akan melekat cantik dekat kek

Resepi choc topping.

  1. 200gm choc compound/choc masak..didadu/dipotong kecil
  2. 100gm whipping cream
  3. Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel..double boil kan..bila coklat dah cair masukkan pula cream tadi..kacau smpai sebati..siap
  4. nak pekat sikit guna 80gm whipping cream

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *