Resepi Kuih Tart Carrot Viral

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suliza Mohd Sanusi dilaman FB Masak Apa Hari Ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1kg butter/margerin
  • 320grm gula aising
  • 80grm susu tepung
  • 80grm cornflaks kisar
  • 1sudu sudu kecil esen vanilla
  • 1sudu kcl emplex
  • 1sudu suji
  • Sedikit garam

Cara untuk menyediakannya:

Foto: Suliza Mohd Sanusi
  1. Gaul sebati semua bahan diatas kemudian barulah dirambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  2. Ambil sedikit doh leper kan dan letak inti nanas yg dah digentel panjang-panjang, tutup doh kemudian bolehlah dibentuk menjadi bentuk carrot.
  3. Ambil pisau dan buat garis-garis kecil seolah-olah urat carrot.
  4. Untuk daunnya hanya cucuk 2 batang almond slice.
  5. Telur putih + pewarna digunakan untuk mengecat carrot dan daunnya.
  6. Hijau apple untuk daunnya.
  7. Kuning telur + beberapa titik pewarna merah untuk warnakan carrot.
  8. Dah siap boleh bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15minit, gunakan api bawah sahaja. Keluarkan dan cat lagi sekali.
  9. Masukkan balik dan bakar lagi selama 30 minit api atas bawah suhu 150 darjah celcius juga.
  10. Suhu jangan tinggi kalau tak biskut akan merekah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *