Cara menyimpan Daun Sup, Lengkuas, Cili Api, Lada Merah dan Serai

Tips ini telah dikongsikan oleh Puan Suhana Mat Rasu didalam laman FB Masak Apa Hari ni (MAHN) dan mariberkongsi telah meminta kebenaran untuk menerbitkannya semula.

1.Daun sup

  • Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.
  • Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
  • Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan.

2.Lengkuas dan Serai

 

  • Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
  • Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
  • Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.

3.Cili api dan Lada Merah

  • Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
  • Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
  • Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
  • Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.

Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran,duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan. Selamat mencuba.

Simple tips dr suri rumah
Suhana Mat Rasu
8 june 2017

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *