Jangan abaikan jika sering sakit kepala – Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

Dr. Zubaidi ada berkongsi tentang hal berkaitan sakit kepada dalam entri di Facebooknya. Jom baca apa yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi ini. Semoga kita lebih berhati-hati dalam menyelia badan kita sendiri. Amalkan cara hidup sihat ye semua.

Seorang rakan saya bernama Ibrahim, sering mengalami sakit kepala. Dia mula mengalami sakit kepala yang ringan beberapa hari. Dia memang pesakit migraine.

Satu pagi dia terjaga dengan pening, sakit kepala dan sakit di bahagian mata.

Dia menyangka bahawa dia sedang mengalami migraine. Dia cuba tidur kembali tetapi gagal. Akhirnya terpaksa ke dapur dan menelan dua biji panadol dan kembali ke bilik tidur.

Selepas sejam dia terbangun kerana sakit kepalanya datang semula. Sangat kuat sehingga dia merasa ada orang sedang mengetuk kepalanya dengan tukul.

Dia cuba bangkit dari katil untuk mengambil 2 biji panadol lagi. namun dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya. Tangankanannya terasa kebas sehingga ke bahu dan tidak boleh dialihkan.

Dia cuba memanggil isterinya yang berada di sebelah, namun dia agak pelat. Rupanya separuh wajahnya di sebelah kanan telah menjadi senget. Dia juga tidak dapat menggerakkan otot-otot lidah dan bibir.

Dia bernasib baik kerana isterinya boleh menghantarnya ke hospital dan didiagnosa sebagai stroke.

Cerita Ibrahim ini menunjukkan bahawa kadang-kala sakit kepala lebih daripada hanya sakit kepala. Ramai yang menganggap sakit kepala mereka disebabkan migraine yang selalunya menyerang.

Tetapi sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke.

Jadi berhati-hatilah dengan sakit kepala yang berlanjutan.

#HealthDrZubaidi

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *