TELUR MASIN DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

12 RAMADHAN 1438 H
07 JUN 2017 M

TELUR MASIN DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Pelbagai pendapat dan dakwaan berkenaan hukum memakan telur masin yang didakwa bercampur dengan najis dan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak sedang hangat ditularkan di media sosial.

Penjelasan dan perincian berkenaan isu memakan telur haiwan yang tidak dibasuh sebelum pemprosesan dilakukan boleh diikuti di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:-

http://bit.ly/2r4367D

Untuk makluman, dari segi teknikal telur masin termasuk makanan yang melibatkan proses dan layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia.

Lazimnya, bahan ramuan asas untuk pembuatan telur masin adalah :

  1. Telur itik dari pelbagai gred kualiti seperti gred AA,A dan B.
  2. Sekam padi/abu padi (paddy ash)
  3. Tanah liat (e.g red soil)
  4. Garam laut

Bahan-bahan yang digunakan ini juga akan dipastikan sumber dan kualitinya serta jaminan kebersihan, keselamatan dan implementasi sistem jaminan halal sepanjang rantaian pemprosesannya.

Telur itik yang digunakan itu sendiri dijaga kualiti gred dan kebersihannya dari awal sehingga telur masin terhasil termasuklah kawalan dari ladang mana telur tersebut diperolehi.

Ini kerana etika yang baik dalam penyediaan makanan itu menjadi kriteria penting dalam pensijilan halal Malaysia.

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk telur masin yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard, garis panduan halal dan perundangan berkaitan yang ditelah ditetapkan. insyaALLAH.

Untuk mengetahui produk telur masin yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia layari direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my atau diaplikasi telefon pintar myJakim dengan kata carian ‘Telur Masin’ atau ‘Salted Egg’.

Sebarang penjelasan dan kemusykilan berkenaan pensijilan halal juga boleh diikuti perinciannya di FB Bahagian Hab halal, JAKIM:-

http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
http://bit.ly/InfoIlmuHalalSemasa
http://bit.ly/FAQHalal
http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara

Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-88925000/1

Sumber: Jakim

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *