Resepi Kuih Siput

Petang tadi menyiput kejap. Siapa suka makan kuih siput? Boleh share resepi di bawah. Resepi ini telah dikongsikan oleh FB Share Makanan Share Resepi.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g tepung gandum
  • 150g marjerin
  • 2 sdb udang kering
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 sdb rempah kari
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1½ sdb serbuk jintan manis
  • 1½ sdb serbuk jintan putih
  • 1 biji telur
  • 1 sdk garam
  • 150ml air
  • 5 tangkai daun kari

Cara-cara:

  1. Goreng bawang putih dlm sedikit minyak. Lepastu goreng udang kering pulak. Tumbuk halus kedua bahan tu.
  2. Cairkan marjerin dan sejukkan.
  3. Gaul tepung bersama rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan yang ditumbuk halus tadi.
  4. Tuang marjerin yg dicairkan tadi sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dlm tepung.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dlm adunan tepung, diselang selikan dengan air. Tambahkan air jika doh keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung atas dulang. Gentelkan sedikit doh dan tekan di atas acuan kuih siput.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Toskan minyak dan simpan dlm bekas kedap udara. Siap!

* Saya buat unt 1kg tepung. So bahan-bahan lain just gandakan sahaja. Selamat mencuba.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *