Resepi Kek Pisang mudah dan sedap

Ingat malas nk buat apa. Nampak ada lebih pisang berangan kat atas meja, ada choc chip, ada telur. Maka terjadilah kek pisang choc chip simple. Tak masak utk berbuka, kita mkn kat surau. Resepi ini telah dikongsikan dilaman FB Share Makanan Share Resepi.

Kek pisang simple, bahan-bahannya adalah:

  • Pisang berangan dlm 5 biji (dikisar)
  • 1 cwn gula
  • 3 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak(minyak jagung lagi sedap)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • Sedikit serbuk koko*
  • Ayak bahan bertanda*

Cara untuk menyediakannya:

Blend pisang (ketepikan). Kemudiab Blend gula dan telur (guna blender biasa jer). Masukkan minyak. Selapas itu, tuang semua dalam pisang yang telah dikisar tadi. Tambah adunan tepung dah kaup bagi sebati. Tabur Choc chip anda dan bakar hingga masak.

Selamat Mencuba!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *