Resepi Kek Buah Kukus

Foto: FB Ibu Resepi

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300gm gula caster
  • 250gm butter, saya guna anchor
  • 500gm mixed fruit
  • 3 biji telur grade A
  • 60ml air panas
  • 350gm tpg gandum
  • 2 sdt soda bicarbonate
  • 1/2 sdt cream of tartar
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt serbuk buah pala (yg ni wajib utk dpt rasa kek buah mcm dulu2)

Cara untuk menyediakannya:

  1. Ayak tpg dgn soda, cream of tartar dan campurkan serbuk nutmeg (buah pala).
  2. Masukkan gula kedlm periuk/kuali yg tebal.Dgn api sederhana masak gula hingga mencair dan berwarna perang.Jgn hangus pulak.Bila mencair kesemua gula, masukkan air panas.Kacau hingga gula larut, masukkan butter.Biarkan butter mencair dan masak hingga mendidih, masukkan mixed fruit.Biarkan sekejap atas api.Bila suam, kaup balikkan tpg gandum dan rempah.
  3. Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih dan masukkan kedlm adunan sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan dlm loyang 7 inci, tutup dgn aluminium foil.Tutup kukusan balut dgn kain.Kukus 2 jam.

Selamat mencuba. Resepi asal adalah kepunyaan Wan Raudzah Wan Ismail.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *