Cermin kereta retak, cuba tips ini dahulu

Apabila cermin kenderaan retak mesti ia akan menyebabkan penglihatan anda terhalang atau terganggu ketika memandu.

Andai berlaku perkara seperti ini, ramai yang ambil memutuskan untuk membeli cermin yang baru kerana risau kejadian tidak dingini terjadi.

Namun tidak ramai yang tahu masih ada cara lain yang boleh dicuba yang tidak menggunakan wang yang tinggi jika dibandingkan dengan menukar cermin baru atau untuk mengklaim insurans untuk cermin yang merekah itu.
Dengan hanya menelan belanja kurang dari RM20, anda sudah boleh mendapatkan DIY Windshield Repair KIT. Cara menggunakannya juga agak mudah kerana tidak memerlukan kepakaran apa-apa melainkan sedikit usaha, dan apa yang penting anda boleh cuba sendiri di rumah.

Tonton video di bawah dan ikuti satu per satu langkah yang ditunjukkan, sangat mudah. Tambahan lagi bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di kedai hardware dengan harga yang sangat murah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *