Resepi Ayam Masak Cili Kering

Resepi ini telah dikongsikan oleh Laman FB Koleksi Resepi Masakan Ayam. Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas

Bahan – Bahan yang diperlukan:

Foto: Koleksi Resepi Masakan Ayam
  • Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
  • Bawang putih – mayang
  • Lada besar 1 biji – mayang
  • Cili padi 3 biji – mayang
  • Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
  • Daun kari
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram
  • Paste asam jawa
  • Tepung gandum
  • Telur

Cara-caranya :

Foto: Koleksi Resepi Masakan Ayam
  1. Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar.
  2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng.
Foto: Koleksi Resepi Masakan Ayam
  1. Toskan minyak ayam.
  2. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
Foto: Koleksi Resepi Masakan Ayam
  1. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
  4. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
  5. Bila sebati, biar sekejap dan siap!
Foto: Koleksi Resepi Masakan Ayam

Mudah kan?

credit : Fatin Pauzi #mahn

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *