Resepi Biskut Coklat yang mudah untuk dibuat

Resepi Biskut Coklat mudah ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Awanis di Laman FB Masak Apa Hari ni (MAHN). Kami kongsikan semula resepinya untuk anda. Selamat mencuba.

Foto: FB Nor Awanis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ketul butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum (kalau lembik sangat tambah lagi)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Coklat rice/coklat chips untuk hiasan

Cara untuk menyediakanya:

  1. Kacau butter & kuning telur, saya guna senduk je
  2. Lepas tu msukkan gula halus & esen vanila.. Kacau lagi
  3. Kemudian msukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum skit2..tmbh kalau adunan lembik tp jgn smpai keras sgt..sedang2 xlekat kt tgn sgt..uli sebati
  4. Tekap adunan..sapu telur putih & tabur coklat rice /lain2 utk hiasan
  5. Kemudian bakar suhu 160 dlm 30 minit ( @ ikut oven masing2)

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *