Cara membuat Teh Tarik yang sangat sedap

Resepi ini dikongsikan oleh Laman FB Ibu Resepi tentang cara untuk mendapatkan rasa Teh Tarik yang sangat sedap. Resepi ini telah dikongsikan hampir 27 Ribu orang pengguna FB. Jom cuba kalau nak tahu bagaimanakah rasanya. Resepi asal adalah dari pengguna FB Chek Kuna Ahmad.

Teh ni memang sedap sangat, mabeles! Dah tak payah pegi kedai mamak nak minum teh tarik. Buat sendiri lagi sedap. Terjamin bersih. Siapa setuju?

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5/6 uncang teh.
  • Air
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam secubit.

Cara untuk menyediakannya:

Sediakan periuk. Masukkan air dan masukkan uncang teh. Biar menggelegak & warna teh jadi gelap.Baru masukkan susu cair, susu pekat & garam secubit. Takde sukatan susu. Ikut rasa dan selera masing-masing. Nak manis ke nak kurang manis ke boleh adjust sendiri. Masak sampai mendidih dan boleh dihidangkan dan diminum selepas tu. Selamat Mencuba

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *