Resepi Pau Goreng Sambal / Kuih Burger Malaysia

Bahan untuk sambal:

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 labu bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 cm belacan – bakar
  • 10 tangkai lada kering – rebus dan kisar halus
  • ½ cawan ikan bilis
  • 2 sudu makan gula merah
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam

Bahan untuk doh:

  • 250gm tepung gandum
  • 120ml susu/air
  • 2 sudu besar margerin
  • 2 ½ sudu besar gula halus
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis
  • ½ biji timun – dipotong nipis

Cara masak sambal:

1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-kuningan.
2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika. Angkat dan ketepikan.

Cara buat kuih:

1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan doh kecuali timun. Uli doh sehingga tak melekat.
2. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
3. Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian.
4. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
5. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
6. Belah 2 doh tadi. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.

Resepi ini telah dikongsikan oleh SA Ahnaf di Laman FB Resepi Ringkas.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *