Resepi Puding Kastard Karamel Tanpa Telur

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara untuk menyediakannya:

Foto: Shaziah Ahmad Shukree
  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Nota: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Shazial Ahmad Shukree di Laman Facebook Resepi Ringkas.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *