Resepi Kek Coklat 3 Minit

Pernah dengar kek 3 minit? Yup, kek ni hanya di masak dalam tempoh 3 minit. Tak payah mixer. Hanya perlukan sudu dan mug je. Hasilnye mabeles!!!

Foto: Facebook Resepi Masakan

Bahan-bahan :

Foto: Facebook Resepi Masakan
  • 4 tbsp tepung gandum
  • 4 tbsp gula halus ATAU gula pasir
  • 4 tbsp susu cair ATAU susu segar
  • 4 tbsp minyak masak ATAU minyak jagung
  • 2 tbsp serbuk koko
  • 2 tbsp Milo
  • 1/2 tsp baking powder (tak payah letak kalau guna tepung naik sendiri)
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1 mug besar atau mangkuk kaca yang boleh digunakan dalam microwave

Tbsp – sudu besar
Tsp – sudu kecil

Cara – cara untuk membuatnya:

Foto: Facebook Resepi Masakan

1. Masukkan telur dlm mug. Pukul sedikit dengan sudu.
2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mug tadi dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam microwave dan amek kepanasan medium dan set 3 minit

Nak lebih kreatif boleh campur kismis/ badam goreng / pisang dalam adunan kek. Bila dah siap boleh buh toping choc atau dimakan dengan ais krim. Nyum nyum

kredit resepi: ‎Nurasykin Jamshir dan Facebook Resepi Masakan.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *