Resepi Ayam Madu Leleh

BAHAN-BAHANNYA IALAH:

  • 6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
  • 2cm halia | ditumbuk halus
  • 4-5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • Madu secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Foto: Jom Belajar Memasak

CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. Rebus ayam seketika. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.

3. Kemudian gorengkan ayam sehingga masak.

4. Oleskan madu pada ayam yang sudah siap digoreng.

Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda. Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.

Resepi ini diambil daripada laman Facebook Jom Belajar Memasak.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *