Buat sendiri Sos Cili Thai

Salam semua, Sos Cili Thai ni memang salah satu pencicah wajib apabila makan makanan yang bergoreng. Rasanya yang masam-masam pedas membuatkan selera bertambah. Kali ini kami kongsikan cara untuk membuatnya sendiri. Resepi asal adalah kredit kepada Blog Balannambiar. Semoga bermanfaat.

Foto: theviewfromgreatisland.com

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

  • 3 ulas bawang putih dikopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4  cawan cuka.
  • 1/2 sudu  besar (tbsp) garam.
  • 1  sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama  1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba. Wassalam.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *