Anda Hanya Perlukan 3 Bahan Untuk Buat Nutella Mug Cake Yang Lembut Dan ‘Chocolatey’ Ini

Percaya atau tidak, Nutella Mug Cake ini hanya memerlukan 3 bahan dan boleh disiapkan dalam masa 2 minit saja!

Dengan teksturnya yang lembut dan moist, resipi ini memang sesuai digunakan bila anda ingin nikmati kek yang sedap dalam masa yang singkat. Begini cara menghasilkannya:

Bahan-bahan:
– 1/4 cawan Nutella
– 1 biji telur
– 2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
1. Gaul Nutella, telur dan tepung gandum hingga sebati.
2. Microwave adunan selama 1 minit.
3. Tabur gula icing jika mahu.
4. Siap untuk dimakan!

Sumber: SAYS

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *