Kerabu Betik Yang Sangat Sedap Dan Wajib Cuba

Resepi Kerabu Betik antara hidangan yang sedap dan sangat mudah untuk disediakan. Kalau rasa hilang selera makan atau mulut rasa pahit, bolehlah cuba makan kerabu betik dengan nasi, pasti bertambah nasi di pinggan.

Untuk anda yang sedang berdiet pun sesuai mencuba kerabu betik atau resepi-resepi kerabu yang lain. Hidangan ini disediakan tanpa minyak dan lemak, jadi ia adalah sejenis menu sihat dan bagus untuk kesihatan anda. Tapi kalau berdiet tu, haruslan kurangkan pengambilan nasi, jangan sampai dua tiga kali bertambah pula.

Tak nak berceloteh panjang, jom kita semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kerabu betik.

Kerabu Betik Yang Sangat Sedap Dan Wajib Cuba

  • 1 biji betik muda (sagat dan celur)
  • 2 biji cili merah atau hijau (mayang halus)
  • 4 biji cili padi (mayang halus) – kalau tak suka pedas, tak perlu letak cili padi
  • 1 labu bawang besar (mayang halus)
  • 2 batang serai muda  (mayang halus)
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bijan

Cara Menyediakan Kerabu Betik

1) Satukan kesemua bahan-bahan kecuali garam, gula dan kacang tanah di adalah dalam mangkuk.
2) Gaulkan sehingga sebati.
3) Tambah gula dan garam mengikut citarasa anda.
4) Akhir sekali taburkan bijan di atasnya.

Mudahkan, hanya 4 langkah untuk menyediakan Kerabu Betik yang sedap. Jangan lupa mencuba ye.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *