‘Abang Tolong Tukar Password Wifi Abang’ – Warga Bangladesh Minta Lelaki Ini Tukar Password Wifi Sebab Rakannya Godam Wifi

Selalunya password untuk wifi adalah amat sukar untuk diketahui kecuali jika diberitahu oleh pemilik wifi ataupun jika rangkaian wifi digodam.

Bagi pengguna Facebook bernama Anuar Ibrahim, dia tidak menyangka bahawa password wifinya itu telah diceroboh setelah dia menerima tiga keping surat daripada seoerang lelaki warga asing dari Bangladesh.

Surat tersebut mengandungi permintaan supaya beliau menukar kata laluan untuk wifinya kerana rakan-rakannya berjaya mendapatkan kata laluan tanpa kebenaran.

Tambah warga Bangladesh itu, rakan-rakannya itu menggunakan wifinya untuk tujuan menonton video, mendengar lagu dan menonton filem lucah.

Namun Anuar berkata kata laluan yang telah digodam itu bukanlah miliknya namun dia memuji sikap warga Bangladesh itu kerana tidak mahu bersubahat melakukan dosa.

Sumber: Kakishare

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *