Cara Mengelakkan Enjin Kereta Anda daripada ‘Overheat’

Dikongsi oleh Zainul Azraai di Facebooknya.

Meh aku nak bagi tips sket kat korang utk maintain air dlm radiator supaya enjin overheat dpt dielakkan.

Biasanya korang buka penutup radiator, tgk air kurang, korang terus tambah air pastu tutup balik penutup dia kan? Takpun tuang air dlm spare tank saja.. Ntah2 spare tank dgn washer tank pun tak tahu tak? Hehe.

Ok2.. Tahu tak korang yg lama2 akan wujudnya “air pocket” dlm cooling system korang? Utk pengetahuan korang, gas atau udara akan berkembang dgn lebih cepat berbanding cecair dlm suhu yg tinggi dan juga akan wujudkan sistem tekanan tinggi.. Bila tinggi sgt tu yg air tendang keluar kat spare tank.

Jadi sekiranya wujudnya “air pocket” tersebut, ia boleh menyebabkan enjin anda overheat dan mula lah mcm2 masalah enjin, hose sana pecah la, paip atau water jacket bocor la, gasket head putus la dan lain2 lagi.. Bila ada udara dlm sistem cooling, suhu enjin pun akan lebih cepat increase, sbb pressure di dlm pun increase.

So, utk pastikan tiada “air pocket” dlm cooling sistem anda dgn cara yg mudah dan murah, ambil botol air mineral 1.5liter (tak kisah la brand apa) dan isikan separuh dgn air (air suling/air mineral/air paip) ikut suka korang la.. Buka penutup tangki radiator dan start enjin kereta.. Kalau air kurang tambah dulu.

Lepas enjin dah suam2, terbalikkan botol td dan dirikan ia diatas mulut radiator.. Pegang sekejap, lama2 akan ada vacuum dari dlm dan botol tu akan berdiri sendiri.

Biarkan enjin warm up sampai kipas berjalan.. Kalau dlm cooling system ada coolant, korang boleh tgk coolant sudah bercampur dgn air dlm botol td dan juga boleh perhatikan angin yg keluar dari cooling system korang.. Biarkan sampai fan berpusing dan thermostat buka.. Jgn on aircond..!!

Kenapa kita isi air separuh dlm botol td? Supaya bila angin keluar, air terus ditambah masuk utk menggantikan ruang udara tadi.. Kalau anda tgk botol makin mengecut dan air makin kurang, cabutkan botol dan tambahkan air lagi, repeat balik sampai tak ada lagi gelembung udara yg kelihatan.. Cabut botol dan tutup penutup radiator korang… Settle..

So ingat, lain kali masa korang isi air radiator, jgn igt kalau isi penuh tu dlm sistem dah penuh, sbb mungkin ada “air pocket” di dalam… Pastikan anda “bleeding” dulu angin yg ada..

Ni bukan video cara nak cuci tangki air eh.. Tu method syirik ajaran sesat yg tak boleh pakai…

Sekian, selamat mencuba..

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *