Resepi Bubur Sum-Sum

Saya nak kongsikan salah satu resepi minum petang iaitu resipi bubur sumsum yang sedap dan mudah disediakan, resepi bubur sum sum juga sedap dimakan ketika sejuk pada cuaca panas.

Nak yang lebih istimewa anda boleh membuatnya menjadi bubur sumsum pandan dengan mengunakan kisaran air pandan, bubur sumsum lapis pandan dan santan, bubur sumsum dan sagu mutiara, ikut selera anda. Masak dengan hati yang ikhlas masak jadi mudah dan sedap.

Untuk menyediakan sirap gula :

  1. Mula-mula masukkan air pandan bersama santan dan tepung beras ke dalam periuk. Kacau rata sehingga adunan masak berkilat. Setelah masak masukkan ke dalam acuan dan sejukkan seketika
  2. Didihkan air bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau rata sehingga gula cair. Sejukkan seketika.
  3. Kemudian keluarkan adunan dari dalam bekas acuan dan siram dengan sirap gula tadi.
  4. Bubur sum-sum enak di makan ketika sejuk. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!

Sumber: iCookAsia

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *