[UPDATE] Cara Mudah Untuk Membuat Cabai / Lada / Cili Jeruk

 
dikongsikan oleh Big Bite Channel

Bahan-bahanya:

  • 80 – 100 gram cili hijau segar, cuci dan toskan
  • 230 ml cuka makan
  • 3 -4 camca besar gula
  • 1/2 camca teh garam

Cara menyediakan cili jeruk ini

  1. Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit, kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk.
  2. Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit, toskan hingga betul2 kering. Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan.
  3. Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut. Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup dan biar di tempat teduh.
  4. Lepas 4 – 5 jam anda boleh nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan anda. Pastikan sudu yang anda guna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Ok tu saja, selamat mencuba!.

Update

Kalau pakai cuka tiruan, perut yang tak tahan tu akan rasa sakit perut. Saya memang tak boleh makan cuka buatan. Bila makan gerenti pedih perut macam kena ulser. Uihh… sakit oooo…

Thats why saya ganti cuka buatan dgn cuka organik. Ia baik utk perut saya. Tak semestinya cuka apple, cuka delima pun boleh, cuka kurma pun boleh untuk cili jeruk ni. Yang sebaiknya ialah yg ada serdak/keladak cuka tu. Kat situ ada banyak prebiotik. Prebiotik baik utk perut kita. Nak tau prebiotik tu ape, try cari dekat encik google ye… hehe..

Peringatan : walaupun ia baik untuk perut, makan cili jeruk sampai sebotol habis dalam 1 masa pun boleh menjejaskan perut. Karang ada yang ceri beri karang.

You may also like

2 Comments

    1. Sama-sama. Maaflah jika lambat perasan. Terima kasih kerana berlapang dada utk kami kongsikan video tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *