Elak Gastrik ketika berpuasa

Sumber asal adalah dari Jelita Malaysia.

Amalan berpuasa adalah salah satu cara terbaik detoksifikasi untuk tubuh yang lebih sihat dan segar. Kajian antarabangsa juga menjelaskan amalan berpuasa mampu menurunkan berat badan, mengurangkan tekana darah tinggi dan kolestrol.

Malah berpuasa melatih anda untuk mengawal nafsu dan kesabaran mental. Bagaimanapun berpuasa adalah satu cabaran besar bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik. Kami akan berkongsi tips untuk kamu yang menghadapi cabaran melawan gastrik di bulan Ramadan ini.

Bersahur Dengan Makanan Penuh Serat

Oat kaya dengan serat yang membantu anda rasa kenyang lebih lama. Tidak kira bagaimana cara hidangan seperti di hidang bersama buah-buahan seperti pisang dan strawberi, oat membantu mengurangkan gastrik anda. Amalkan sahur dengan semangkuk oat dan buah kurma. Anda pasti kekal bertenaga sepanjang hari.

Elak Makanan Pedas

Kurangkan makanan pedas, masam, berminyak dan berlemak sepanjang Ramadan ini kerana ianya membuatkan gastric anda menjadi lebih teruk. Perut yang kosong sepanjang hari membuatkan ianya terkejut apabila anda berbuka dengan sesuatu yang terlalu pedas. Sebaliknya ketika berbuka, mulakan dahulu dengan air kosong dan sesuatu yang manis kerana ianya membantu tubuh anda mendapatkan semula tenaga. Paling penting, kunyah makanan secara perlahan untuk mengelak udara masuk ke dalam perut.

Kawal Emosi

Berpuasa mencabar iman dan kesabaran anda. Ketika di awal berpuasa, badan anda memerlukan masa untuk terbiasa dengan tidak makan dan minum di waktu siang. Selalunya badan anda akan meragam pada tiga hari terawal, namun kembali normal selepas itu. Apatah lagi pada anda penggemar kopi yang akan melalui simptom ‘coffee withdrawal’. Bila emosi anda terganggu, ia akan memburukkan lagi gastrik anda. Tarik nafas, rehatkan minda dan sibukkan diri dengan kerja.

Berhenti Merokok

Bulan Ramadan adalah antara peluang terbaik untuk berhenti merokok. Merokok meningkatkan pengeluaran asid perut dan mengurangkan penyembuhan gastrik. Apatah lagi jika anda berbuka puasa dengan sebatang rokok terlebih dahulu. Bahaya!

Halia Dan Cuka Epal

Halia membantu melawaskan perut dan melepaskan angin gastrik di dalam perut. Amalkan mengunyah halia segar selepas berbuka dengan makanan. Ataupun amalkan merebus halia bersama air sehingga mendidih, sejukkan dan minum sebelum waktu tidur. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar), adalah alternatif lain untuk merawat gastrik kerana ianya melegakan perut kembung. Campurkan dua sudu besar cuka epal bersama air suam dan sejukkan terlbih dahulu. Kemudian minum perlahan-lahan dan rasai sendiri keberkesanannya.

Alternatif Lain

Anda perlu melakukan perubahan gaya pemakanan dan gaya hidup antaranya:

Melakukan senaman ringan di waktu siang seperti yoga dan regangan badan untuk pengaliran darah yang sempurna. Kurangkan pengambilan produk tenusu seperti susu penuh krim, telur dan keju.

Jauhi penggunaan penyedut minuman kerana anda mungkin menelan udara ketika menyedut minuman dan jangan baring atau terus tidur selepas makan terutamanya selepas berbuka.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *